Beranda » Open Trip Rinjani » Catatan Pendaki Gunung Malaysia | Paket Pendakian Gunung Rinjani | Private Trip Gunung Rinjani Anak Gunung
Catatan Pendaki Gunung Malaysia | Paket Pendakian Gunung Rinjani | Private Trip Gunung Rinjani Anak Gunung

CATATAN PENDAKI GUNUNG MALAYSIA | PAKET PENDAKIAN GUNUNG RINJANI | PRIVATE TRIP GUNUNG RINJANI ANAK GUNUNG

Alhamdulillah, impian untuk menjejakkan kaki ke puncak tertinggi Pulau Lombok, Gunung Rinjani akhirnya tercapai! Lebih manis, pendakian kali ini disertakan dengan misi pemburuan sebuah air terjun yang jarang dikunjungi dan terletak bedekatan Jalur Selatan Rinjani di Timbanuh. Pendakian kami adalah melalui Sembalun dan berakhir di Torean.

Jalur Torean adalah sangat cantik! Ibarat titisan² syurga yang jatuh ke bumi! Terlampau cantik untuk diungkapkan dengan kata²!😭

Misi : Rinjani via Sembalun – Torean
Jarak : +/- 40km
EG : +/- 3000m

Kronologi pendakian:

Day 1 : Bertolak dari KL – Lombok. Bermalam di homestay di Sembalun.

Day 2 : Trailhead – Pos 2 – Pos 3 – Pos 4 – Bukit Penyesalan – Pelawangan ( Heningan pagi kami disajikan dengan pemandangan Bukit Pergansingan yang memukau! Memulakan pendakian di Jalur Sembalun sebelum menaiki ojek. Ojek adalah pilihan. Pendaki bebas untuk menaiki ojek atau berjalan dari jambatan menuju ke Pos 2 kerana jarak adalah agak jauh. Sekiranya anda mahukan pengalaman unik melompat² di bontot scrambler, ini adalah masanya!🤣 Dari Pos 2, pendakian diteruskan menuju ke Pos 3 dan Pos 4 seterusnya Bukit Penyesalan dan akhir sekali di Pelawangan. Sepanjang perjalanan, pemandangan adalah sangat memukau! Terlampau cantik! Namun, Bukit Penyesalan agak sedikit mengasak mental bagi sesiapa yang kurang bersedia dalam menghadapi agenda memacak tanpa henti. Setibanya di Pelawangan, kami makan dan tidur untuk pendakian di awal pagi. )

Day 3 : Pelawangan – Cemara Tunggal – Latte E – puncak ( Bangun di awal pagi sekitar jam 1am dan meneruskan perjalanan menuju ke puncak. Dari Pelawangan menuju ke Cemara Tunggal, perjalanan adalah memacak sedikit dan berdepan dengan suhu sejuk juga tanih gunung berapi yang agak ‘loose’. Namun mental benar² teruji dari Latte E menuju ke puncak. Semakin dilangkah, semakin kita menurun! Ini kerana tanih gunung berapi adalah pasir tanah yang tidak padat, berdebu juga tidak batuan² kecil yang tidak stabil. Maka, puncak yang kelihat dekat semakin jauh kelihatan.🤣 Namun, akhirnya berjaya tiba di puncak pada jam 6.35am walapun kami bergerak lewat dari Cemara Tunggal pada jam sekitar 4.50am. Selesai sesi bergambar, turun menuju ke Pelawangan dan bersiap turun ke Danau Anak Segara. Berbanding Sembalun, trail ke Danau Anak Segara lebih tenikal, berbatu dan perlu menempuh 4 kali agenda perbukitan. Selamat tiba di danau pada jam 2.10pm selepas 2jam berjalan. Rehat, makan dan tidur.

Day 4 : Danau Anak Segara – Gua Susu – Torean. ( Heningan pagi di Danau Anak Segara sangat memukau! Perjalanan menuju ke Torean lebih memukau! Ibarat lukisan alam. Bahkan seumpama titisan² syurga yang jatuh ke bumi! Walaupun jalur Torean adalah jalur terpanjang, sekitar 12km, namun lansung tidak terasa kerana terkesima dengan kecantikan syurga dunia ini! Kami selamat keluar pada jam 4pm. Bergerak menuju ke desa Sembalun semula. )

Pewai level : ❌

Barai level : ❌

Pacat : ❌

Repeat : Opkos! Sangat rindu dengan Torean!

CATATAN : M. Fariqh

Bila anda ada berencana mendaki Gunung Rinjani bisa langsung menghubungi +6281338899954 untuk mendapatkan penawaran terbaik, dengan harga yang cantik dan fasilitas yang mewah.

Info Trip
Instagram :
@tripgunungindonesia
@sindorosumbingtrip

Fanepage :
Anak Gunung Indonesia Trip

Whatsapp :
+6281338899954

Website patner :
www.anakgunung.com
www.gunungmerbabu.com
www.sindorosumbingtrip.com

Kontak Kami

Apabila ada yang ditanyakan, silahkan hubungi kami melalui kontak di bawah ini.