Beranda » Open Trip Rinjani » CATATAN PENDAKI MALAYSIA HIKING GUNUNG RINJANI | GUIDE PORTER GUNUNG RINJANI SEMBALUN – TOREAN – SENARU
CATATAN PENDAKI MALAYSIA HIKING GUNUNG RINJANI | GUIDE PORTER GUNUNG RINJANI SEMBALUN – TOREAN – SENARU

CATATAN PENDAKI MALAYSIA HIKING GUNUNG RINJANI | GUIDE PORTER GUNUNG RINJANI SEMBALUN – TOREAN – SENARU

“Cutoff Time” Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia.
Via Senaru & Via Torean
.
Harini aku nak kongsi cerita cutoff time bila korang mendaki Gunung Rinjani. Penulisan agak panjang sebab tak pandai lukis dan penulisan ini hanya gambaran dari pengalaman aku disana.
.
Penting untuk kita tahu Gunung Rinjani ada cutoff time tak kira dari route mana korang mulakan pendakian. Aku nak share cutoff time dari route pendakian popular iaitu via senaru & via torean. Kalau korang cadang lakukan pendakian 2h1m dari sembalun – sembalun, maka tiada cutoff time untuk pendakian korang. Hanya waktu pendakian akan ditetapkan bila korang nak mula mendaki, mula ke puncak dan mula turun.
.
Kalau korang bercadang lakukan pendakian dari sembalun & balik menggunakan jalur senaru atau torean, cutoff time paling penting adalah sewaktu pendakian turun ke tasik segara anak. Penting untuk diingatkan pada pendaki, pada hari ke dua pendakian adalah hari pendakian paling panjang & kalau korang tak follow cutofff time yang ditetapkan organizer atau trek organizer korang, pasti korang tak boleh turun ke tasik segara anak & terpaksa bermalam di campsite plawangan sembalun dan balik menggunakan jalan sama korang mendaki.
.
Pecahan waktu pendakian Gunung Rinjani seperti dibawah :
.
Hari 1
(Tiada cutoff, lagi cepat sampai lagi banyak rehat, mulakan pendakian selewatnya jam 9 pagi)
Pintu Rimba – Camp 1 – Camp 2 – Camp 3 – 7 Bukit Penyesalan – Campsite Plawangan Sembalun = 7 Jam ke 9 Jam pendakian termasuk makan tengahari
.
Hari 2
(Cutoff 1) – Pendakian dimulakan dari jam 12 pagi – 3 pagi bergantung kepada setting organizer korang, standard waktu pendakian yang aku sarankan adalah dari jam 1 pagi – 1:30 pagi, ini kerana sebab di bawah :
.
Campsite Plawangan Sembalun – Bukit Penyiksaan – Puncak Rinjani = 4 jam ke 7 jam pendakian ikut pace masing masing (waktu ni kalau korang naik 1 langkah, turun 2 langkah sebab batu gunung berapi yang halus kedalam)
.
**Sampai puncak, selalu akan ambil masa untuk lepak dan bergambar = 1 jam – 2jam
.
Puncak Rinjani balik ke Campsite Plawangan Sembalun = 2 – 3 jam pendakian ikut pace masing masing
.
**Kemudian korang akan sambung perjalanan selama 3 jam-4 jam ke Tasik Segara Anak bergantung kepada pace pendaki
.
(Cutoff 2) – Pendakian dari plawangan sembalun ke tasik segara anak. Aku terangkan di point no 3 dekat tips di bawah.
.
Tips untuk korang tanya organizer atau trek organizer korang, sebagai contoh, “apa jadi kalau korang lewat naik atau turun dari puncak?”
.
1) Sentiasa ingat kita tak boleh ubah pace pendakian kita, tapi kita sentiasa boleh ubah waktu permulaan pendakian kita .
.
2) Pilih organizer yang sediakan crew untuk handle trip korang disana & make sure crew tahu arrangement dan boleh buat keputusan, sebab kalau crew tak boleh buat keputusan, korang kena hadap keputusan “berat sebelah” dari guide disana.
.
3) Pastikan Cutoff turun ke tasik segara anak dari plawangan sembalun lambat selewatnya jam 1 tengahari. Sebab korang akan ambil kira :
1- Sarapan pagi lepas turun puncak
2- Rehat lepas turun
3- Khemas barang untuk pergerakkan turun
4- Beratur pergi tandas sebab waktu ke puncak memang tak dapat nak buang (open view)
.
Kalau cutoff kurang dari tu, korang kena betul2 fit dan follow timing atau yang paling bagus, awalkan masa pendakian ke puncak, kalau tak korang akan balik jalan sama.
.
4) Check nisbah guide kumpulan korang. Lagi besar 1 guide tu jaga 1 group, lagi slow pergerakkan sebab kena kumpul. Paling bagus 1 guide : 5 pendaki dan hanya berkumpul di checkpoint tertentu.
.
Ini hanya berdasarkan pengalaman aku sendiri dalam menguruskan guide dan pendaki di Gunung Rinjani. Sila tanya organizer & trek organizer korang terus untuk tahu planning mereka ya 🙂 Semoga penulisan ni bermanfaat & membantu korang dalam melancarkan pergerakkan kumpulan pendakian korang nanti.
.
Selamat mendaki pejuang alam. — di Gunung Rinjani – Rinjani Mountain.

Catatan FB : Olaf Mengembara

Kami juga menyediakan porter, guide, paket pendakian, transportasi, rental outdoor dan pembelian logistik saat digunung, jangan ragu lagi langsung hubungi admin agar pendakianmu lancar tanpa hambatan.

Info Trip
Instagram :
@tripgunungindonesia
@sindorosumbingtrip

Fanepage :
Anak Gunung Indonesia Trip

Whatsapp :
+6281338899954

Website patner :
www.anakgunung.com

Kontak Kami

Apabila ada yang ditanyakan, silahkan hubungi kami melalui kontak di bawah ini.